BRIDGET PENYELAMAT SUNGAI SKJB1

SKJB1 13 NOVEMBER 2008 - Pasukan Kelab Bridget Penyelamat Sungai (BPS) SK Jalan Bukit (Satu) Kajang telah menjadi juara dalam pertandingan Sketsa dan "Words In Words" sempena pelancaran Kelab Bridget Penyelamat Sungai anjuran Puncak Niaga Sdn. Bhd. yang diadakan di Pusat loji Perawatan Air Batu 11, Cheras.

klik pada keratan akhbar untuk membesarkan imej



KEPUTUSAN UPSR SKJB1 2008


YDP PIBG dan Guru Besar serta sebahagian guru - guru tahun 6
bergambar dengan murid-murid yang cemerlang dalam UPSR 2008.

SKJB1 telah mencatatkan keputusan UPSR 2008 dimana seramai 6 orang murid telah mencapai keputusan 5A sementara 5 orang murid mencapai keputusan 4A.

Murid yang mendapat keputusan 5A
1. BATRISYIA FAKHIRA BT MOHD TAZAL
2. BRYAN CHONG HE JUN
3. NURHAYATI BINTI MAIYUNAS
4. KHO SIEW KEI
5. TAN CHIA CHIA
6. TAN KONG SIN

Murid yang mendapat keputusan 4A
1. ALIFF DZULFIQAR BIN MOHD NASIR
2. ASMA AMIERA BINTI NAZARUDIN
3. SHAMINY A/P SURESH
4. SAW SHAH NIE
5. NATALIE YUEN SOOK YI

Syabas dan tahniah kepada semua murid, ibu-bapa, guru-guru serta PIBG sekolah yang bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan murid-murid SK Jalan Bukit (Satu).

ANUGERAH KHAS KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM

Pn. Faizah Eliza (YDP PIBG) menyampaikan sijil serta piala
kepada penerima Anugerah Khas Kurikulum 2008
Adik Batrisyia Fakhira Binti Mohd Tazal.
Turut sama di atas pentas iaitu En. Mohd Tazal dan Pn. Norazian
iaitu ayah dan ibu kepada Batrisyia.


Pn. Faizah Eliza (YDP PIBG) menyampaikan sijil serta piala
kepada penerima Anugerah Khas Ko-Kurikulum 2008
Adik Siti Norsyafikah Binti Abdullah.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & GRADUASI PRA SEKOLAH

SKJB1 13 NOV 2008 - Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Pra Sekolah telah diadakan bertempat di Dewan Sri Rampai SKJB1, Kajang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua PIBG SKJB1 2008 iaitu Pn. Faizah Eliza Bt. Abdul Talib. Graduasi Pra Sekolah pula disampaikan oleh Guru Besar SKJB1 iaitu Pn. Hjh. Che Ah Bt. Md Rifin. Majlis seumpama ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum. Terdapat dua anugerah khas iaitu Anugerah Khas Kurikulum yang dianugerahkan kepada Adik Batrisyia Fakhira Bt. Mohd Tazal. Sementara Anugerah Khas Ko-Kurikulum dianugerahkan kepada Adik Siti Norsyafikah Binti Abdullah. Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan gerakan oleh murid-murid pra sekolah dan persembahan sktesa oleh murid-murid tahun 5.


ANTARA FOTO -FOTO MENARIK MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
DAN GRADUASI PRA SEKOLAH

HARI USAHAWAN MUDA TAHUN 6

SKJB1 06 NOV - Hari Usahawan Muda tahun 6 merupakan salah satu aktiviti selepas UPSR. Pelbagai gerai jualan yang dikendalikan oleh murid-murid tahun 6 dan dibantu oleh Guru-guru. Gerai-gerai jualan yang dibuka menyediakan pelbagai jenis makanan seperti mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, nugget, buah-buahan, sandwich bakar, kuih-muih, dan air minuman. Selain itu, terdapat juga gerai permintaan lagu, tayangan filem, serta permainan.

Antara gambar-gambar menarik hari usahawan muda tahun 6
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...