Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H

1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.

2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.


YAB Menteri Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 16 September 2009

INFO SKJB1

1. SESI PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN PUASA
Tarikh : 01 SEPTEMBER 2009 HINGGA 20 SEPTEMBER 2009
Mengikut surat edaran JPNS/SPS/PPN/A 25090/06/51Jld3 menyatakan waktu sekolah dalam bulan Ramadhan bagi sekolah satu sesi (pagi sahaja) adalah seperti biasa. Dengan itu, surat makluman tentang sesi persekolahan sepanjang bulan puasa sebelum ini adalah terbatal.

2. UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2009 ( UPSR )
Tarikh : 8, 9 DAN 10 SEPTEMBER 2009
Hari : Selasa, Rabu dan Khamis
Ibu bapa murid tahun 6, sila pastikan anak tuan/puan menerima jadual peperiksaan dan hadir untuk menduduki peperiksaan pada ketiga-tiga hari tersebut.
Murid tahun 1 hingga tahun 5 akan direhatkan pada 04 hb September (Jumaat) dan 8, 9 dan 10 September (Selasa, Rabu dan Khamis) kerana kelas mereka akan digunakan oleh SJK (T) Kajang bagi tujuan peperiksaan UPSR.

3. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN/UJIAN BULANAN OGOS 2009
Murid-murid akan diberi Buku Laporan Adab Belajar oleh guru kelas masing-masing mulai 17hb September 2009.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...