INFO SEKOLAH

1. CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA DEEPAVALI
Tarikh : 16 Oktober hingga 20 Oktober 2009
Selamat bercuti dan Selamat Hari Deepavali. Sekolah telah memohon cuti tambahan berganti sempena Deepavali memandangkan ramai murid sekolah ini yang menyambut perayaan tersebut. Sekolah akan dibuka semula pada 21 Oktober 2009 (Rabu).
Tarikh : 31 Oktober 2009 (Sabtu) - Tarikh ganti sempena cuti tambahan Hari Deepavali (Jadual Hari Selasa)

2. KELAS BAHASA TAMIL/CINA
Tarikh : 16 Oktober 2009
Semua murid Tahun 3 hingga Tahun 6 yang terlibat sahaja. Kelas Bahasa Tamil dan Bahasa Cina pada tarikh yang tersebut diatas dibatalkan kerana cuti Deepavali.

3. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
Tarikh : 4, 5, 6 & 9, 10 November 2009
Hari : Rabu, Khamis, Jumaat & Isnin, Selasa.
Sila pastikan anak tuan/puan menerima jadual peperiksaan. Semoga mendapat kerjasama bagi memantau anak-anak tuan/puan mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

4. PENILAIAN KOKURIKULUM
Pengiraan markah ko-kurikulum sedang dijalankan. Sila pastikan anak-anak jagaan tuan/puan memiliki dan menyerahkan BUKU REKOD KOKURIKULUM kepada Guru Kelas untuk dicatat markah penilaian bagi tahun 2009 tidak lewat daripada 30 Oktober 2009.

5. BAYARAN TAMBAHAN & SUMBANGAN PIBG
Ibubapa atau penjaga murid SK Jalan Bukit (Satu) yang belum menjelaskannya, sila berbuat demikian sebelum 30 Oktober 2009. Kegagalan membuat pembayaran tersebut akan menyulitkan pihak sekolah memberi segala kemudahan kepada anak tuan/puan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...