MAJLIS PERPISAHAN GURU-GURU PRAKTIKUM DAN MAJLIS BERSALAM-SALAMAN DAN BERMAAF-MAAFAN WARGA SKJB1 SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI

SKJB1-26 Sept 2008 - SK Jalan Bukit 1 telah mengadakan satu majlis ringkas sempena majlis perpisahan Guru-guru praktikum. Majlis ringkas tersebut disempurnakan dengan penyampaian cendera kenangan oleh guru-guru praktikum kepada wakil SKJB1 iaitu Pn. Shahar Fadzilah (GPK 1), Pn. Norshidah (GPK Hem) dan Pn. Ainun (GPK Koko). Selesai majlis tersebut, majlis bersalam-salaman dan bermaaf-maafan diadakan antara Guru-guru serta murid-murid SKJB1.

Guru-guru praktikum menyerahkan cendera kenangan kepada wakil SKJB1, Pn. Shahar Fadzilah , Pn. Norshidah dan Pn. Ainun.

MAJLIS BERSALAM-SALAMAN DAN BERMAAF-MAAFAN ANTARA GURU - GURU SERTA MURID - MURID SKJB1

TERIMA KASIH CIKGU YONG

Terima Kasih Cikgu Yong !!! Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Warga SKJB1 diatas segala jasa dan pengorbanan Cikgu Yong kepada sekolah ini. Segala kenangan terindah bersama Cikgu Yong tidak mungkin dilupakan oleh seluruh warga SKJB1. Warga SKJB1 juga mengucapkan Tahniah kepada Cikgu Yong kerana dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1. Sekali lagi dari kami Warga SKJB1...........Terima Kasih Cikgu Yong!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...