Terima Kasih Cikgu Abu Bakar !!!

SKJB1 04 Jun 2010; SKJB1 telah kehilangan seorang lagi guru yang amat disayangi oleh warga SKJB1 iaitu Cikgu Abu Bakar yang akan berpindah ke SK Pelabuhan Utara, Klang. Pihak SKJB1 dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru dan Staf serta PIBG telah mengadakan satu Majlis Perpisahan khas buat Cikgu Abu Bakar. Pada majlis tersebut Cikgu Abu Bakar telah memberikan ucapan dan pesanan terakhir beliau kepada warga SKJB1. Majlis bertambah sedih dan hiba apabila melihat beberapa murid dan guru mengalirkan air mata semasa menyanyikan lagu Doa Perpisahan. SKJB1 mengambil kesempatan untuk mengucapkan TERIMA KASIH CIKGU!!! kepada Cikgu Abu Bakar dan semoga berjaya di sekolah baru. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala jasa dan kebaikan Cikgu Abu Bakar kepada warga SKJB1. Segala kenangan Cikgu Abu Bakar bersama Warga SKJB1 akan terpahat dalam ingatan buat selama-lamanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...