25 Feb 2010, Majlis Perpisahan Guru Besar SKJB1 Pn. Hjh. Che Ah Md. Rifin

SKJB1 25 Feb 2010;  Selepas kehilangan dua orang guru yang disayangi iaitu Cikgu Aziah yang berpindah ke SK Kajang Utama dan Cikgu Yazid yang berpindah ke SK Sungai Ramal Dalam, SKJB1 telah kehilangan seorang lagi guru yang amat disayangi oleh warga SKJB1 iaitu Pn. Hjh. Che Ah, Guru Besar SKJB1 yang akan berpindah ke SK Lubuk Kelubi. Pihak SKJB1 dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru dan Staf serta PIBG telah mengadakan satu Majlis Perpisahan khas buat Pn. Hjh. Che Ah. Pada majlis tersebut Pn. Hjh. Che Ah telah memberikan ucapan dan amanat terakhir beliau kepada warga SKJB1. Beberapa acara khas diadakan seperti persembahan nyanyian koir oleh kelas 5 Dinamik, deklamasi sajak oleh Adik Noratifah, persembahan powerpoint oleh Cikgu Dasaman dan lain-lain lagi. Majlis berakhir dengan perasaan sedih dan hiba apabila melihat beberapa murid dan guru mengalirkan air mata sambil memeluk Pn. Hjh. Che Ah. SKJB1 mengambil kesempatan untuk mengucapkan TERIMA KASIH CIKGU!!! kepada Pn. Hjh. Che Ah dan semoga berjaya di sekolah baru. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala jasa dan kebaikan Cikgu Che Ah serta Cikgu Aziah dan Cikgu Yazid kepada warga SKJB1.

10 Feb 2010, Program Latihan Kebakaran

Unit Keselamatan SKJB1 telah berjaya mengadakan satu Program Latihan Kebakaran dengan kerjasama Pihak Bomba Daerah Kajang. Selain demonstrasi cara memadamkan api dan pameran kereta bomba, pihak bomba juga mengadakan satu sesi ceramah mengenai keselamatan dan kebakaran kepada Guru-guru serta murid-murid SKJB1.

BERITA TERKINI UNTUK PENGUNJUNG LAMAN BLOG SKJB1

Kini para pengunjung Blog SKJB1 boleh melihat
foto-foto aktiviti SKJB1 dalam Facebook sekolah.
Pengunjung boleh add email skjb1 melalui facebook

05 Feb 2010, Kejohanan Road Run Peringkat SK Jalan Bukit (Satu)


Kejohanan Road Run Peringkat Sekolah telah berakhir dengan jayanya. Majlis perasmian dan penutupan kejohanan pada kali ini telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Shakaruddin Che Mood. Beliau juga berbesar hati untuk melepaskan para peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahap 2 dan murid tahun 3. Laluan kejohanan road run pada kali ini adalah sejauh 4 km yang bermula dari dataran SKJB1 dan sekitar Taman Bukit Kajang. Pihak SKJB1 mengucapakan ribuan terima kasih atas bantuan daripada pihak Polis Trafik Kajang, Pihak PIBG serta Guru-guru Praktikum yang membantu melancarkan perjalanan aktiviti kejohanan road run pada kali ini.

04 Feb 2010, SKJB1 Terima Sumbangan Pokok Hiasan Dan Pokok Herba Daripada UPM


SK Jalan Bukit 1 telah menerima sumbangan pokok hiasan dan pokok herba daripada pihak Taman Universiti Pertanian, UPM. Sumbangan tersebut merupakan tanda sokongan pihak UPM kepada pihak SKJB1 dalam usaha untuk menjayakan Program 3K (Keceriaan dan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) di bawah unit HEM SKJB1 dengan tema " Keceriaan Kawasan Sekolah Pemangkin Kecemerlangan Akademik". Pihak SKJB1 amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Taman Universiti Pertanian UPM atas sumbangan yang amat bermakna kepada pihak sekolah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...