MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & GRADUASI PRA SEKOLAH

SKJB1 13 NOV 2008 - Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Pra Sekolah telah diadakan bertempat di Dewan Sri Rampai SKJB1, Kajang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua PIBG SKJB1 2008 iaitu Pn. Faizah Eliza Bt. Abdul Talib. Graduasi Pra Sekolah pula disampaikan oleh Guru Besar SKJB1 iaitu Pn. Hjh. Che Ah Bt. Md Rifin. Majlis seumpama ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum. Terdapat dua anugerah khas iaitu Anugerah Khas Kurikulum yang dianugerahkan kepada Adik Batrisyia Fakhira Bt. Mohd Tazal. Sementara Anugerah Khas Ko-Kurikulum dianugerahkan kepada Adik Siti Norsyafikah Binti Abdullah. Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan nyanyian dan gerakan oleh murid-murid pra sekolah dan persembahan sktesa oleh murid-murid tahun 5.


ANTARA FOTO -FOTO MENARIK MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
DAN GRADUASI PRA SEKOLAH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...