25 APRIL 2009, TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKJB1 KALI KE-44

SKJB1, 25 April 2009 : Temasya sukan tahunan kali ke-44 SK Jalan Bukit (Satu) telah diadakan di Padang TNB Kajang. Kemuncak temasya sukan tahunan ini dirasmikan oleh Pn. Donna iaitu Yang Di-pertua PIBG SKJB1 2009. Pelbagai acara balapan dan sukaneka diadakan yang melibatkan semua murid dari murid prasekolah hingga murid tahun 6. Selain acara untuk murid-murid, terdapat juga acara-acara untuk ibu bapa dan pegawai. Pasukan Rumah Merah telah menjadi Johan Keseluruhan pada tahun ini. Sementara itu, pasukan rumah hijau menjadi Johan bagi pertandingan perbarisan. Olahragawan Harapan disandang oleh Adik Wee Zhen Wei manakala Adik Vethyaa sebagai Olahragawati Harapan. Adik Sriwaran pula dipilih sebagai Olahragawan 2009 sementara Adik Nur Sabrina Aqzan dipilih sebagai Olahragawati 2009.









Tambah Imej

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...