Terima Kasih Cikgu Shahar Fadzilah !!!



SKJB1 23 Julai 2010; SKJB1 kehilangan seorang lagi guru yang amat disayangi oleh warga SKJB1 iaitu Cikgu Shahar Fadzilah yang bertukar ke SK Taman Nirwana Ampang dan menjawat jawatan sebagai Guru Besar. Pihak SKJB1 dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru dan Staf serta PIBG telah mengadakan satu Majlis Perpisahan khas buat Cikgu Shahar Fadzilah. Pada majlis tersebut Cikgu Shahar Fadzilah telah memberikan ucapan dan pesanan terakhir beliau kepada warga SKJB1. Majlis bertukar sedih dan hiba apabila melihat beberapa murid dan guru mengalirkan air mata semasa majlis bersalam-salaman. SKJB1 mengambil kesempatan untuk mengucapkan TERIMA KASIH CIKGU!!! kepada Cikgu Shahar Fadzilah dan semoga berjaya di sekolah baru. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala jasa dan kebaikan Cikgu Shahar Fadzilah kepada warga SKJB1. Kenangan Cikgu Shahar Fadzilah bersama Warga SKJB1 akan terpahat dalam sejarah dan juga ingatan buat selama-lamanya..

HARI TERBUKA DAN TEKNIK MENJAWAB SAINS DAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 6

TARIKH : 10 JULAI 2010
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG

HARI TERBUKA
TEMPAT : KELAS 5 DINAMIK

TEKNIK MENJAWAB SAINS/BAHASA MALAYSIA 
TEMPAT : DEWAN
(MURID-MURID TAHUN 6)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...